Thursday, October 22, 2009

Ringkasan

MENYIMPAN DI BANK/ASB/TABUNG HAJI

PruBSN : Berapa banyak anda menyimpan sebulan?
Klien: RM 200

PruBSN : Boleh saya tahu biasanya anda menyimpan di mana?
Klien:
ASB/Tabung Haji/Maybank/ Suke hati saya la nak simpan kat mana pun.

PruBSN : OK. Katakanlah anda menyimpan di Tabung Haji, dengan hasrat untuk menunaikan fardhu Haji di Mekah. Sebulan anda simpan
RM200, setahun anda dah simpan RM2400. Tapi kalau anda simpan di bank, anda boleh keluarkan bila-bila masa sahaja. Jadi ia tidak dikira sebagai simpanan. Betul tak?
Klien: Betul.

PruBSN : Setuju tak kalau saya katakan kita tidak tahu bila kita akan sakit apatah lagi mati?
Klien: Setuju.

PruBSN : Katakanlah tiba-tiba selepas setahun menyimpan di bank (dah ada RM2400 ni) anda jatuh sakit atau anda terlibat dalam kemalangan jalan raya dan kena buat operation. Nak buat dengan cepat, melibatkan hidup atau mati, dan memerlukan kos RM20k,RM30k, RM 40k atau RM50k. Agak-agak anda ada masalah tak nak kumpul duit sebanyak tu?

Klien: Tak ada masalah.
PruBSN : Tanhniah. Terima kasih. Jumpa lagi. (Abaikan klien ini kerana takaful hanya untuk orang yang xmampu je . Orang yang dah mampu sila bayar sendiri kos rawatan perubatan anda.)

Klien: Ada masalah.
PruBSN : Masalah ni boleh selesai dengan mudah sekali. Anda nak tahu tak?

Klien: Tak nak.
PruBSN : Tak nak sudah.

Klien: Nak.
PruBSN : Kalau nak... (teruskan membaca di bawah)

** Kami di Prudential BSN Takaful diamanahkan untuk berkongsi dengan orang yang nak tahu sahaja. Orang yang xnak tahu, tak mengapa. SWSWSWN - Some Will, Some Won't, So What?, Next.


MENYIMPAN DI PRUDENTIAL BSN TAKAFUL

PruBSN : Kalau anda meyimpan di Prudential BSN Takaful, konsepnya sama sahaja seperti anda simpan di bank. Setiap bulan anda simpan RM200, setahun anda dah simpan RM2400. Betul tak?
Klien: Betul.

PruBSN : Tetapi selepas bulan ke-3 sahaja, Prudential menyediakan dana sebanyak RM500,000 (setengah juta maa..) untuk anda gunakan membayar apa-apa sahaja kos rawatan yang melibatkan kesihatan dan hospital. Anda tak perlu bayar dulu kemudian claim. Itu cara lama. Dengan medical card ni, anda tunjukkan sahaja kad ini kepada hospital, dan hospital akan uruskan semuanya untuk anda. ANDA CUMA PERGI MENDAPATKAN RAWATAN. TAK PERLU FIKIR PASAL BAYARAN. Boleh selesai tak masalah tadi?
Klien: Boleh.

PruBSN : Jadi patut ke tak anda dapatkan kad ini?
Klien: Patut. Tapi apa lagi yang saya dapat?

Kalau anda ingin tahu dengan lebih lanjut hubungi saya, Rozaen di 013-411 9605 (SMS dan CALL) atau klik di sini.

Dapatkan Medical Card PERCUMA

DAPATKAN MEDICAL CARD PRUDENTIAL BSN TAKAFUL BERNILAI RM500,000 PERCUMA !!!

Jika disebut PERCUMA atau FREE, semua orang berminat untuk dapatkannya, tak kiralah berapa nilai perkara itu. Kalau saya mahu bagi anda kad perubatan yang bernilai RM500,000 secara percuma, mahu ke tak? Kalau mahu, ketahuilah bagaimana cara untuk mendapatkannya.

Dengan pelan ‘Prudential BSN Takaful’ anda akan mendapat perlindungan takaful + medical card + elaun + khairat + simpanan/pelaburan. Semua ini anda akan peroleh dalam satu pelan sahaja. Kami memanggilnya pelan 5 IN 1. Kalau anda membayar insuran kereta, duit yang anda bayar akan hangus macam tu sahaja. Tetapi di Prudential, anda akan mendapat semula pulangan dari simpanan / pelaburan yang anda bayar setiap bulan. Untuk mengetahui lebih lanjut sila hubungi Rozaen di 013-411 9605 (SMS dan CALL). Semua rundingan adalah PERCUMA.


Contoh:
Seorang lelaki tidak merokok berumur 25 tahun membuat simpanan hari tua sebanyak RM200 sebulan.


1) Selepas 30 tahun:

Jumlah SIMPANAN pada umur 55 tahun = RM72,000

Jumlah PULANGAN pada umur 55 tahun = RM78,000
Bermakna untung sebanyak = RM6,000 tidak termasuk faedah-faedah lain.

2) Perlindungan serta-merta:

1. Kematian RM50,000
2. Hilang Upaya Kekal RM50,000
3. Kematian Akibat Kemalangan RM100,000
4. Hilang Upaya Akibat Kemalangan RM100,00
5. Penyakit Kritikal RM50,000
6. Kad Perubatan RM500,000
7. Elaun Hospital RM300/sehari
8. Elaun MC RM300/seminggu
9. Elaun ICU RM100/sehari
10. Elaun Bedah RM2500/pembedahan
1
1. Elaun/Pampasan Hilang Upaya RM5000 setiap tahun
12. Tuntutan Bil Klinik RM2000/setahun

Cuba anda fahami betul-betul. Anda simpan duit dan pada hujung tempoh menyimpan anda dapat balik duit beserta keuntungan pelaburan. Bermakna perlindungan serta-merta yang anda diperolehi adalah PERCUMA. Anda tidak rugi walaupun 10 sen. Malah untung berpuluh-puluh kali ganda. Inilah pelan yang saya maksudkan. Dapatkan kad perubatan percuma hari ini.

***Cuba anda cari produk perlindungan yang lebih hebat dari ini. Hanya membayar (menyimpan sebenarnya) RM150 - RM200 sebulan, anda akan dapat semua faedah-faedah di atas.

Wednesday, October 21, 2009

Manfaat Medical Card

Medical Card PruBSN Takaful adalah satu manfaat tambahan dalam polisi Takafulink khas untuk perlindungan bil perubatan.


Jangan salah faham..!!! Medical Card dan Takaful merupakan 2 benda yang berbeza. Sesetengah syarikat hanya menawarkan perlindungan takaful sahaja tanpa medical card. Di Prudential BSN Takaful, kami menyediakan pelan 5 DALAM 1 : Takaful + Medical Card + Elaun + Khairat + Simpanan/Pelaburan. Anda layak memperolehi ini semua dalam satu pelan sahaja.



Terdapat 4 jenis Medical Card PruBSN Takaful iaitu MMC 100, MMC 200, MMC 300 dan MMC 400. Di sini saya senaraikan manfaat yang dilindung oleh MMC 100, iaitu medical card yang paling murah.



1. Had Kos Rawatan Perubatan RM50,000 (setahun) dan RM500,000 (hingga umur 70 tahun)


2. Elaun bilik (wad) - RM100 sehari


3. Rawatan sebelum masuk hospital dan selepas keluar hospital


4. Penjagaan jururawat di rumah


5. Pembedahan balik hari (Day Surgery)


6. Rawatan kecemasan pesakit luar untuk kecederaan akibat kemalangan


7. Rawatan Dialisis buah pinggang


8. Rawatan Kanser


9. Kebebasan memilih hospital dan doktor untuk merawat anda


10. Perlindungan 24 jam diseluruh dunia


11. Tidak perlu membayar dulu kemudian claim. Prudential akan membayar kos rawatan terus ke hospital melalui system Hospital Alliance Services (HAS)


12. Jaminan pembaharuan sehingga umur 70 tahun


13. Jaminan tiada pembatalan portfolio (Non-Cancellable)


14. Dan banyak lagii......



Apakah Pengecualiannya?


Terdapat beberapa pengecualian yang biasa iaitu:


1. Kecederaan diri yang disengajakan.


2. Peperangan, penglibatan secara langsung dalam rusuhan, mogok atau kekacauan awam.


3. Kehamilan, melahirkan anak, keguguran atau pengguguran janin.


4. Rawatan pergigian melainkan diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan atau penyakit yang melibatkan pembedahan oral.


5. Sebarang pembedahan elektif, pembedahan kosmetik atau plastik (melainkan diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan atau penyakit).


6. Kemasukan ke hospital yang tujuan utamanya ialah untuk penyiasatan, diagnosis, pemeriksaan Xray, pemeriksaan fi zikal am atau pemeriksaan kesihatan rutin; rawatan khusus untuk mengurangkan atau menambahkan berat badan; pemulihan, penjagaan atau rehat pulih.


7. AIDS, kewujudan sebarang jangkitan HIV atau penyakit yang disebarkan melalui hubungan seks.


8. Perkhidmatan yang tidak berkaitan dengan perubatan.


9. Penyakit otak, penyakit jiwa, penyalahgunaan/ketagihan arak atau bahan.


10. Ketidaksuburan, pencegahan hamil, pemandulan, kecacatan kelahiran, kecacatan kongenital, berkhatan.


11. Sukan professional, sebarang jenis perlumbaan, selam skuba, aktiviti sukan udara dan sebarang aktiviti atau sukan berbahaya lain.


12. Sebarang pelanggaran atau percubaan untuk melanggar undang-undang atau menentang daripada ditahan.

Mengapa Saya Perlu Ambil Medical Card Sekarang

Mengapa perlu amik medical card sekarang???

Saya lihat masih ramai lagi antara kita merasakan Medical Card ni tak penting. Mungkin sebab masih bekerja di syarikat yang menawarkan medical benefit kepada staffnya. Tapi persoalannya, sampai bila company nak tanggung dan berapa banyak company nak tanggung?

1. Kalau kena penyakit kritikal dan memerlukan rawatan berterusan, dan kita pula asyik MC sahaja. Seminggu 4 hari MC, kemudian kerja sehari, MC lagi 4 hari.

Kalau jadi kes mcm ni berapa lama company boleh tanggung kita? Company nak simpan lagi ke orang-orang yang dah sakit kritikal atau penyakit yang menyebabkan kita asyik MC je? Kalau kita jadi Director company, kalau ada pekerja mcm ni, agak-agak berapa lama company kita boleh tanggung dia and bayar gaji dia sedangkan dia asyik MC je. Kemudian kerja dia tak mampu siapkan. Sampai company terpaksa hire orang lain. Dah kena bayar 2 orang punya gaji utk satu kerja. Kalau kita jadi pemilik syarikat, apa tindakan kita? Masih nak simpan lagi orang yang asyik MC sahaja? So, macamane sekarang?

Sebagai pekerja pula, dah sakit teruk dan company dah nak bg surat berhenti kerja sebab masalah kesihatan, masa tu baru nak apply medical card? Untung la kalau dapat.

2. Minyak naik...kita boleh elakkan beban minyak naik dengan naik motosikal atau naik kenderaan awam. Barang naik...kita boleh kurangkan atau pilih barang-barang yang murah. Toll naik...kita boleh elak ikut jalan yang toll free.

Tapi pernah ke kita terfikir, bahawa 'PERSARAAN' kita daripada bekerja akan tetap tiba. Dijamin akan sampai (kalau panjang umur). Adakah kita berfikir yang umur kita takkan mencecah 55 tahun dan masa itu kita terpaksa bersara atau kalau nak sambung pun secara contract. Itu pun kalau khidmat kita betul-betul diperlukan. Kalau khidmat kita tidak diperlukan disebabkan tenaga muda yang lebih produktif dan gaji lebih rendah menggantikan tempat kita, kita tidak dapat mengelak untuk BERSARA. Jadi masa tu baru nak amik medical card? Kalau sihat, ok, kalau dah sakit? Kalau sihat sekalipun, masa tu kos untuk medical card dah semakin mahal sebab umur kita dah semakin tua. Macam kes no 1 di atas la. Pihak insurance/takaful pula akan menetapkan pelbagai syarat. Medical check up la, kena loading la. Exclusion la dan sebagainya.

Selama sihat tak pernah buat medical check up. Sekali umur 55, konon-konon nak cari medical card la...kena medical check up. Sekali habih medical check up baru tau kita ada mcm-mcm penyakit. Hypertension, masalah kardiovaskular, kencing manis tinggi dan lain2 lagi, semuanya akan dikesan. Masa tu baru nak amik? Rasa-rasanya, harga medical card masa tu sama ke dengan masa sekarang? Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara,
"MUDA SEBELUM TUA, SIHAT SEBELUM SAKIT, LAPANG SEBELUM SEMPIT, KAYA SEBELUM MISKIN, HIDUP SEBELUM MATI"

Kadar Inflasi Perubatan/Medical di Malaysia 15%

Kalau mengikut laporan muka depan The Star 27/05/2007. (diulangi..MUKA DEPAN)
kadar Inflasi bagi Medical di Malaysia adalah 15% setahun. Maknanya kalau kita lambat beli medical card, tahun depan, harga medical dah jadi 15% extra. Sebab tu kena amik sekarang. So, cuba fahamkan..apa yang The Star ni cuba terangkan kepada kita semua.

Sebagai contoh , sekarang kita berumur 30 tahun. Kos pembedahan buah pinggang sekarang RM20,000. Jarang orang umur 30 operate buah pinggang. Biasanya orang umur 40 tahun ke atas je yg operate buah pingganh ni, maknanya 10 tahun akan datang. Jadi kadar inflasi 15% setahun bermakna 150% untuk 10 tahun. Jadi, 10 tahun akan datang kos pembedahan buah pinggang adalah RM50,000. Lu fikirlah sendiri...

Medical Card Company Saya Cover Unlimited

Sesetengah majikan sememangnya menyediakan medical card kepada pekerjanya. Sekiranya pekerja tersebut sakit, hanya tunjukkan sahaja medical card tersebut. Ini dipanggil Medikal Kad Berkelompok.

1. "Buat apa amik plan medical insurance/takaful? Syarikat tempat saya bekerja cover unlimited." >>>Fatimah, Chemical Engineer Petronas

2. "Syarikat saya cover medical, so saya tak perlu amik plan medical sekarang. Tunggu saya dah pencen baru amik." >>>Hamid, IT Executive


Nama di atas bukanlah nama sebenar. Tapi inilah yang saya selalu dengar daripada kawan-kawan kita yang bekerja di Syarikat Swasta yang memberikan kemudahan perubatan. Memang saya teramat biasa dengar perkara ini.

Untuk saudara-saudari kita yang bekerja dengan syarikat swasta, yang terlalu yakin dengan manfaat perubatan yang disediakan oleh syarikat anda. Pertama sekali, saya ucapkan tahniah kerana anda bertuah sebab company tempat anda bekerja prihatin dan memberikan kemudahan perubatan yang ditanggung oleh syarikat insurans yang mana premiumnya ditanggung oleh syarikat. Ada beberapa perkara yang saya ingin berkongsi dengan mereka yang berpendapat seperti yang saya nyatakan di atas.


PERTAMA - Company cover unlimited

Betul, kekadang memang kita dengar syarikat tempat kita bekerja cover medical unlimited. Sedangkan kita tidak pernah pun lihat sendiri policy yang menyatakan medical coverage kita unlimited. Pada hemah saya yang jahil ini, walaupun unlimited tapi pada hakikatnya limitnya adalah :-

1. Sekiranya anda mengidap penyakit kritikal, yang terpaksa memerlukan cuti yang panjang atau kerap bercuti daripada menjalankan tugas disebabkan keperluan untuk mendapatkan rawatan. Agak-agaknya, berapa lama syarikat mahukan kita terus berada dalam syarikat mereka? Syarikat terpaksa membayar gaji sedangkan kita sudah tidak produktif (sebab asyik cuti saja). Sekiranya anda yang menjadi pengarah syarikat (pemegang syer terbesar dalam syarikat), berapa lama agaknya anda ingin simpan orang yang tidak produktif di dalam organisasi anda? Sedangkan syarikat terpaksa membayar gaji pekerja yang sakit tadi. Biasanya kes-kes ini akan masuk dalam Management Board untuk perbincangan sama ada pekerja tersebut perlu diberhentikan kerja atas sebab-sebab kesihatan. Setuju?

Jadi, setelah kita tidak lagi diperlukan syarikat, adakah syarikat masih mahu membayar lagi semua kos rawatan anda pada masa akan datang? Jadi, inilah hadnya atau limit medical benefit yang disediakan oleh syarikat. Kemudian, dah sakit baru nak mohon medical card? Adakah syarikat insurans mahu berikan perlindungan perubatan kepada kita? Fikirkanlah sendiri.

2. Kalau kita bertukar tempat kerja, adakah syarikat asal masih mahu memberikan manfaat perubatan lagi? Kalau tempat baru tiada menawarkan kemudahan perubatan, tapi dengan gaji yang lebih tinggi dan sukar untuk ditolak, bagaimana? Anda tukar kerja atau tidak?

Seterusnya anda akan menyatakan, "Haaa, masa tu baru la amik medical card. Amik sekarang buat apa?"

Jawapan saya, "Kalau you boleh jamin you sihat sampai bila-bila dan takkan sakit, then its you amik medical card ni kemudian. Tapi kalau you tak boleh jamin, better u amik sekarang. Sebabnya medical card hanya boleh dibeli dengan 2 benda iaitu DUIT dan KESIHATAN. Dah sakit, kalau you boleh bayar saya RM 2,000 utk 3 tahun punya payment akan datang sekali pun, syarikat akan tolak permohonan you. Masa tu menyesal sudah tidak berguna, bersiap sedia la untuk menghabiskan duit simpanan untuk biaya kos rawatan. Termasuklah duit dalam EPF/KWSP. Bagaimana hari tua anda? EPF?KWSP untuk simpanan hari tua, tapi tak sempat tua duit dalam EPF/KWSP dah habih bayar bil hospital. Bab kata Nabil si Raja Lawak, "Lu fikirlah sendiri."

KEDUA - Tak perlu ambik sekarang, sebab dah ada company punya.

Sekiranya anda boleh jamin anda akan sihat sampai la anda dah nak bersara besok, anda boleh tangguh untuk amik medical ini di kemudian hari. Tapi, kalau anda tak boleh jamin, lebih baik anda ambil sekarang.

Kita biasa melawat saudara-mara kita di hospital. Pernah atau tidak kita bertanya kepada pesakit tu, "Kau tau dari awal ke yang kau akan kena sakit macam ni?" atau "Kau memang nak ke, sakit nie terkena kat kau?" Cuba la tanya mereka sama ada jawapannya Ya atau Tidak.

Kalau jawapannya tidak, anda kena amik medical card sekarang. Kalau jawapanya ya anda tak perlu amik medical card tu sekarang sebabnya anda ada kebolehan untuk tahu apa perkara yang akan berlaku pada masa aka datang. Jadi, apabila anda tahu anda nak sakit je, baru anda amik. Lu fikirlah sendiri.

Kalau nak ambil medical card sekarang, hubungi saya. Penerangan percuma dan tiada paksaan, itu janji saya. Saya cuma ingin beritahu anda apa yang anda perlu tahu pasal medical card ini dan bagaimana medical card ini penting untuk elakkan anda jadi seperti kes-kes seperti di bawah ini. Kalau anda tidak tahu, jangan tidak ambil tahu, ambil tahu, fahamkan apa sebenarnya medical card ini. Kemudian buat keputusan sama ada perlu ambil atau tidak. Sebabnya kalau anda dah sakit, agent insurance/takaful dan syarikat insurance boleh cari client yang sihat. Tapi anda tidak boleh cari insurance yang nak cover orang yang dah sakit.

Sekadar berkongsi pengalaman. Wallahu 'alam...


* Untuk pengetahuan anda semua, saya ada seorang client yang buat claim pembedahan batu karang. Kos rawatan cecah RM20,000 di salah sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. Kemudian dapat pula elaun hospital dan elaun bedah hampir RM6,000. Dengan caruman RM150 sebulan, dia mampu untuk mendapatkan rawatan yang terbaik dan tidak terjebak dengan hutang. Sebaliknya, dapat duit elaun lagi.Duit baki nilai tunai dalam akaun peserta masih belum usik lagi. Apa lagi yang anda mahukan?

Kerja Kerajaan Pun Nak Kena Ada Medical Card ke?

"Awak pergi la jual medikal kad/takaful awak ni kat orang lain. Saya ni kerja kerajaan la. Kos rawatan saya semua kerajaan tanggung."

Dushhh...amik kau. Merah muka. Kami sebagai agen Prudential ni dah biasa sangat dengan ayat-ayat pedas macam ni. Amboii...banyak cantik. Dalam dunia ni mana ada benda free bang. Nak buang air pun kena bayar. Kita lihat kes-kes di bawah buat tatapan dan renungan bersama.

Kes 1 : Betulkah semuanya FREE di hospital kerajaan

Ramai yang beranggapan, kakitangan kerajaan mendapat rawatan di hospital kerajaan dengan PERCUMA. Memang benar. Tapi tidak semuanya percuma. Ada kes-kes di mana pesakit (walau kakitangan kerajaan sekali pun) terpaksa membayar kos rawatan di hospital kerajaan. Diulangi...di HOSPITAL KERAJAAN. Sebagai contoh, lihat sahaja surat rayuan bantuan perubatan oleh kakitangan kerajaan di bawah ini.

* Nama terpaksa dipadamkan untuk menjaga privasi peserta/pesakit.

Ini membuktikan, walau pun kita kerja kerajaan, kita tetap memerlukan medical card atau kad perubatan.


Kes 2 : Menunggu giliran untuk pembedahan

Selain dari itu, pernah anda mendengar kes-kes di mana, untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan pesakit terpaksa menunggu berbulan-bulan untuk sampai ke giliran kita. Kalaulah penyakit yang kita hidapi tersebut memerlukan rawatan segera, bagaimana? Sanggupkah kita tunggu dan berserah begitu sahaja?


Oleh itu, buka minda, kalau tak tahu pasal medical card, ambil tahu. Jangan kita sudah la tak tahu, tak mahu ambil tahu pula!!!

*********************************************************

Sekurang-kurangnya ambil tahu, bagaimana medical card ini dapat membantu anda di saat anda memerlukan rawatan perubatan. Tidak dinafikan, rawatan di hospital kerajaan pun bagus, tapi, kalau terpaksa menunggu giliran seperti yang saya sebutkan di atas tadi, macamana? Sekurang-kurangnya, kita ada pilihan untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta dengan lebih cepat. Saya umpamakan medical card ini seperti "Tayar Spare" di kereta kita. Cuba kita fikirkan, kenapa kita dok usung ke hulu-hilir tayar spare tu sedangkan tayar kereta kita tak bocor. Jawapan standard yang akan diberikan - langkah berjaga-jaga kalau tayar bocor, sedangkan adakalanya kereta yang kita bawa tidak pernah bocor sepanjang kita pandu. Sampai la tukar tayar, tak pernah bocor. Tapi kita masih bawa juga Tayar Spare tersebut atas alasan yang sama seperti tadi. "Kita tak tau bila tayar kita bocor atau pecah"


Jadi, sama la juga keadaan medical card. Oleh kerana kita tak tau bila kita sakit la, sebab tu kita perlu ada medical card.

*********************************************************

Apa fungsi medical card ni sebenarnya?...

1- Ia akan membayar semua KOS RAWATAN yang dikenakan kalau kita masuk wad. Tak kisah sakit apa pun kecuali sakit-sakit yang dikecualikan. Rujuk di sini untuk penyakit-penyakit yang tak dilindungi.

2- Yang paling penting, medical card ni akan bayar bil hospital terus ke hospital. Kita tak perlu bayar dulu baru claim kemudian (kecuali kalau kita dapatkan rawatan di hospital bukan panel atau hospital kerajaan. Kalau bukan hospital panel, kena bayar dulu claim kemudian, yang penting boleh claim). Jadi, kalau kita ada insurance atau takaful yang cover kos rawatan, tapi tak de medical card, maksudnya, kita kena bayar dulu baru claim. Kalau bill sampai puluh-puluh ribu, mana nak cekau duit? Atau kalau ada credit card pun, berapa keping credit card kita nak hulur? Lepas tu, claim pulak....kalau cepat ok lah, kalau ada requirement atau proses lambat. Dah kena interest pulak credit card tu. Susah ke senang? Sebab tu cari yang ada medical card. Hassle Free. Kita cuma standby duit untuk Co-Insurance atau Co-Takaful. ( 10% daripada jumlah kos rawatan tertakluk kepada min RM 300 maximum RM 1,000). Itu sahaja. Klik sini untuk lihat contoh claim yang telah kami buat untuk klien kami.

3- Walau pun kena Ko-insurance atau Ko-takaful, plan Takafulink nie kita sertakan sekali elaun hospital. Jadi kalau satu hari elaun Hospital RM 400, contoh masuk wad 5 hari dah dapat RM 2,000. Itu tak termasuk lagi elaun ICU atau elaun bedah. Jadi, walau pun kena ko-takaful, anda jangan risau. Plan ini akan buatkan anda dapat claim more than 100%.


*********************************************************

Kes 3 : Kerja cikgu mintak derma kalau dah sakit

Ini satu lagi contoh, artikel pasal seorang guru perlukan rawatan pemindahan buah pinggang. Disebabkan tiada wang, terpaksa minta derma. Selepas beberapa bulan masuk Berita Harian, perlukan RM 120,000, tapi hanya dapat sumbangan derma RM 3,708.


Kalau lah seorang guru (kakitangan kerajaan) terpaksa minta derma untuk dapatkan rawatan, anda yang kerja kerajaan bagaimana? Atau kerajaan anda dengan kerajaan guru yang saya nyatakan ini berbeza? Fikir2kanlah.

Kalau cikgu pun minta derma, tak terfikir kita, kalau kita kerja kerajaan, kemungkinan perkara yang sama mungkin berlaku kepada kepada kita. Pepatah Melayu ada mengatakan, "Sudah terhantuk baru nak mengadah". Tapi ok, lepas terhantuk sekali lepas tu mengadah lagi. Tapi, dalam kes medical card nie, dah sakit baru nak ambil medical card. Boleh, tapi lulus ke tidak belum tentu. Sebabnya, tengok je la contoh sura kat bawah nie. Boleh mencarum RM 300 sebulan, tapi syarikat Insurance reject....sebab dah ada macam-macam penyakit. Nak try apply company insurance/takaful lain pulak?. Apply le kalau boleh dapat. Saya ucapkan semoga berjaya...hehe.



Akhir sekali, anda fikirkan lah. Apa yang saya ceritakan, bukan omong2 kosong atau rekaan saya. Semuanya saya sertakan dengan bukti. Cuba lihat di hospital kerajaan, kaum mana yang paling ramai. Berapa ramai kaum Cina yang masuk wad hospital kerajaan. Cina yang lain-lain tu tak sakit ke? Ohh..rupanya mereka semua masuk hospital swasta. Rupanya semua bil rawatan mereka ditanggung syarikat insurans.

Monday, October 19, 2009

Berapa Saya Perlu Bayar


Berapa saya perlu bayar?

Berapa awak mampu bayar?

Anda perlu ingat, pelan perlindungan yang bagus adalah pelan yang sentiasa aktif, kerana ia akan melindungi anda pada bila-bila masa sahaja. Tiada guna anda memilih premium yang tinggi tetapi selalu terlupa atau tertangguh pembayarannya. Adalah lebih baik memilih premium yang anda mampu untuk membayarnya setiap bulan. Saya sedia membantu anda mendapatkan anggaran perlindungan berdasarkan kemampuan bajet anda.

Berikut adalah contoh-contoh pelan perlindungan yang disediakan oleh Prudential BSN Takaful. Sili klik salah satu daripada bajet anda.

UMUR DAN BAJET ANDA

26 - 30 TAHUN >>> RM150 , RM200 , RM250
31 - 35 TAHUN >>> RM150 , RM200 , RM250
36 - 40 TAHUN >>> RM150 , RM200 , RM250