Wednesday, October 21, 2009

Manfaat Medical Card

Medical Card PruBSN Takaful adalah satu manfaat tambahan dalam polisi Takafulink khas untuk perlindungan bil perubatan.


Jangan salah faham..!!! Medical Card dan Takaful merupakan 2 benda yang berbeza. Sesetengah syarikat hanya menawarkan perlindungan takaful sahaja tanpa medical card. Di Prudential BSN Takaful, kami menyediakan pelan 5 DALAM 1 : Takaful + Medical Card + Elaun + Khairat + Simpanan/Pelaburan. Anda layak memperolehi ini semua dalam satu pelan sahaja.



Terdapat 4 jenis Medical Card PruBSN Takaful iaitu MMC 100, MMC 200, MMC 300 dan MMC 400. Di sini saya senaraikan manfaat yang dilindung oleh MMC 100, iaitu medical card yang paling murah.



1. Had Kos Rawatan Perubatan RM50,000 (setahun) dan RM500,000 (hingga umur 70 tahun)


2. Elaun bilik (wad) - RM100 sehari


3. Rawatan sebelum masuk hospital dan selepas keluar hospital


4. Penjagaan jururawat di rumah


5. Pembedahan balik hari (Day Surgery)


6. Rawatan kecemasan pesakit luar untuk kecederaan akibat kemalangan


7. Rawatan Dialisis buah pinggang


8. Rawatan Kanser


9. Kebebasan memilih hospital dan doktor untuk merawat anda


10. Perlindungan 24 jam diseluruh dunia


11. Tidak perlu membayar dulu kemudian claim. Prudential akan membayar kos rawatan terus ke hospital melalui system Hospital Alliance Services (HAS)


12. Jaminan pembaharuan sehingga umur 70 tahun


13. Jaminan tiada pembatalan portfolio (Non-Cancellable)


14. Dan banyak lagii......



Apakah Pengecualiannya?


Terdapat beberapa pengecualian yang biasa iaitu:


1. Kecederaan diri yang disengajakan.


2. Peperangan, penglibatan secara langsung dalam rusuhan, mogok atau kekacauan awam.


3. Kehamilan, melahirkan anak, keguguran atau pengguguran janin.


4. Rawatan pergigian melainkan diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan atau penyakit yang melibatkan pembedahan oral.


5. Sebarang pembedahan elektif, pembedahan kosmetik atau plastik (melainkan diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan atau penyakit).


6. Kemasukan ke hospital yang tujuan utamanya ialah untuk penyiasatan, diagnosis, pemeriksaan Xray, pemeriksaan fi zikal am atau pemeriksaan kesihatan rutin; rawatan khusus untuk mengurangkan atau menambahkan berat badan; pemulihan, penjagaan atau rehat pulih.


7. AIDS, kewujudan sebarang jangkitan HIV atau penyakit yang disebarkan melalui hubungan seks.


8. Perkhidmatan yang tidak berkaitan dengan perubatan.


9. Penyakit otak, penyakit jiwa, penyalahgunaan/ketagihan arak atau bahan.


10. Ketidaksuburan, pencegahan hamil, pemandulan, kecacatan kelahiran, kecacatan kongenital, berkhatan.


11. Sukan professional, sebarang jenis perlumbaan, selam skuba, aktiviti sukan udara dan sebarang aktiviti atau sukan berbahaya lain.


12. Sebarang pelanggaran atau percubaan untuk melanggar undang-undang atau menentang daripada ditahan.

No comments:

Post a Comment