“Insurans penipu!!...Insurans masa nak jual punya la bagus, tapi masa nak claim macam-macam hal”.
Kenyataan negatif yang sering saya dengar apabila saya memperkenalkan diri saya sebagai agent insurans pada awal pembabitan pada tahun 2003. Tapi sekarang...Alamdulillah! Senario telah berubah sedikit, apabila orang ramai nampaknya semakin positif dan ingin mengambil tahu perihal yang berkaitan dengan insurans atau takaful ini.
Pada pengalaman saya, memang tidak dinafikan ada kejadian di mana client tak boleh nak buat claim dan sebagainya. Dan mereka merasakan ditipu seterusnya hilang terus kepercayaan mereka terhadap insurans/takaful. Jadi, saya ingin berkongsi kepada pembaca sekalian, terdapat beberapa sebab yang utama, kenapa insurans tidak meluluskan claim yang dibuat oleh client.
Antara Sebab Utama adalah...
1. Policy Lapsed
Policy lapsed ini bermaksud, policy tidak berkuatkuasa akibat daripada tiada bayaran dibuat kepada akaun insurans atau takaful tersebut. Sekiranya perkara ini berlaku, syarikat insurans tidak akan membayar segala claim yang dibuat. Perkara ini semua orang tahu. Jadi, jangan sampai policy kita lapsed, disebabkan tabiat kita yang mengambil mudah keperluan untuk membayar premium pada masa yang telah ditetapkan.
Satu lagi, kalau policy dah lapsed, walau pun kita hidupkan balik, kena tunggu 30 hari grace period semula. Dan kalau le client sakit dan perlukan rawatan (kecuali kemalangan)...pada masa grace period tu, so, memang tak bleh nak claim. Ini memang selalu terjadi terutama kepada client-client yang bayar pakai cash. Mereka mungkin sangka premium untuk bulan tu sudah dibayar, rupany belum dibayar, akhirnya policy lapsed. Bila hidupkan balik, kena tunggu 30 hari baru boleh berkuatkuasa semula.
Ramai yang beranggapan, apabila mereka ada policy insurans, mereka dengar agent cakap, "Semua Cover"...mereka akan ingat segala musibah akan dicover oleh policy yang mereka beli sedangkan mereka sendiri tidak pernah membaca dan menyemak secara details. Akan tetapi, sebaliknya apabila musibah berlaku, ia tak dilindungi dan syarikat insurans tidak mahu bayar, client terus marah dan menuduh insurans penipu atau agent penipu. Tapi, tanggungjawab client juga untuk mengetahui apa yang ada dalam jadual policy.
Sebagai contoh, rata-rata policy yang dimiliki orang orang ramai sekarang ini terdiri daripada Insurans Hayat termasuklah manfaat penyakit kritikal dan simpanan. Apabila ditanya mengenai Medical Card...mereka dengan penuh yakin, "Saya dah ada"....tapi, apabila diminta untuk menunjukkan medical card, mereka kata, semuanya ada dalam policy. Jadi saya nak beri tips kepada pembaca sekalian. Policy yang ada manfaat medical card, mesti disertakan dengan "MEDICAL CARD" seperti sebelah.
Jadi, kalau agent kata masuk hospital kita boleh claim
Tidak dinafikan ada policy yang membayar kos rawatan tapi tiada medical card, tapi, anda perlu membayar dulu semua bil hospital tersebut dan kemudian buat claim semula kepada syarikat. Kalau bil 3-4 ribu mungkin kita boleh pakai credit card, kalau dah sampai 30-40 ribu?..berapa keping credit card kita nak pakai?....bayangkan...lepas tu pulak, nak claim kena buat sendiri. Medical report kena dapatkan sendiri, lepas tu pergi ke syarikat insurans, untuk buat claim, lepas seminggu follow up, ada dokumen yang tak lengkap, pegi semula ke syarikat insurans dan dapatkan semula dokumen yang tak lengkap....sanggup ke anda sebagai client buat semua itu. Mungkin sanggup sebab dah keluar duit dan nak claim, ada masa ke?....kalau ada Medical Card, semua perkara tersebut tidak perlu dilakukan, bayaran bil terus ke hospital, dan sampai rumah, anda tunggu sahaja cek Elaun Hospital, Elaun ICU atau Elaun Bedah sekiranya ada pembedahan yang akan dihantar oleh agent. Senang, mudah dan tak pening kepala.
Jadi kesimpulannya, tak de manfaat dalam polisi memang tak boleh nak claim.
3. Pengecualian (Exclusion)
Pengecualian ini terdapat 2 bahagian.
A. Pengecualian Umum (General Exclusion)
Pengecualian yang dikenakan oleh semua orang yang ambil polisi sama ada lelaki, atau perempuan, sihat atau sakit. Contoh, pengecualian tuntutan akibat apa-apa yang berkaitan dengan bersalin, ibu mengandung, keguguran bayi, komplikasi akibat mengandung dan sebagainya...(kecuali polisi tersebut memang ada perlindungan khas seperti Takaful Puteri dari PRUBSN Takaful).
Contoh pengecualian umum : Klik sini -> Lihat dibahagian pengecualian.
B. Pengecualian Khusus (Specific Exclusion)
Pengecualian jenis ini adalah dikenakan oleh individu tertentu yang biasanya telah mengidap penyakit tersebut sebelum mengambil polisi insurans/takaful atau dinamakan "Pre-Existing Condition"
Contoh, individu tersebut telah menjalani rawatan membuang ketumbuhan (cyst) pada bahagian tumbuh beliau dan apabila beliau mengambil polisi, ada kemungkinan apa-apa penyakit yang berlaku akibat cyst sama ada secara langsung atau tidak, tidak akan dilindungi. Sedangkan, bagi individu yang sihat semasa mereka mengambil polisi dan penyakit itu berlaku selepas daripada polisi berkuatkuasa, ia akan dilindungi.
4. Non-Disclosure
Sekiranya syarikat mendapat tahu yang client pernah sakit atau pernah dapatkan rawatan tetapi tidak dinyatkan didalam borang cadangan (proposal form), syarikat berhak untuk tidak membayar tuntutan anda. Jadi, kita kena declare semua soalan yang ditanya dalam borang cadangan bagi mengelakkan daripada polisi anda dibatalkan atas sebab Non-Disclosure.
5. Waiting period (tempoh menunggu)
Tidak semua manfaat dilindungi sebaik sahaja polisi berkuatkuasa (inforced). Ada yang memerlukan 30 hari, 60 hari dan 120 hari polisi berkuatkuasa, baru manfaat dilindungi. Terutamanya medical card.
Berikut adalah contoh tempoh menunggu bagi Plan Prudential atau Prudential BSN Takaful.
No comments:
Post a Comment